Aku tak pernah minta semua ni jadi. Aku tak pernah harap benda ni berlaku. Tapi aku cuma seorang gadis yang lemah. Mudah percayakan orang, mudah terpedaya dengan kata kata orang. Akhirnya aku tersungkur, dalam medan yang tak pernah aku impikan untuk bersua. Dimana salahku? Sampai sekarang aku masih berfikir. Apakah sebenarnya petunjuknya?
Makin hari, makin perit jalan yang aku lalui. Sekarang aku mula cemburu. Cemburu melihat orang lebih baik dari aku. Aku teringin nak jadi macam mereka. Aku teringin. Aku juga mahukan seperti itu. Tapi bila aku fikir baik baik, aku tetap aku, bukan mereka. Kita berbeza umpama langit dengan bumi. Kadang aku terfikir, apa yang ada dalam diri ini untuk aku gembira? Apa? Jawapannya tiada.
umur aku baru 19. Aku sepatutnya baru melihat dunia. Baru kenal erti kehidupan. Bukan begini. Aku penat. Penat nak pujuk hati setiap masa. Segala apapun berlaku mahupun akan terjadi, aku akan fikir bukan bukan. Ya! Aku paranoid. Aku terlalu takutkan pelbagai benda. Tapi ego aku tinggi. Sebab tu aku cabar diri. Tapi sebenarnya aku sedar. Aku tak patut buat macamtu, nanti memakan diri sendiri.
Hakikatnya, semua manusia nak merasa kebahagiaan. Itu yang aku cari, bila aku bahagia mungkin aku akan tenang. Mungkin aku boleh hadapi segalanya dengan baik. Tapi tak, aku susah nak rasa semua tu. Sekali lagi, aku cuma penat memujuk hati.
Bila nak melangkah? Bila nak maju? Sebenarnya aku pun buntu tak tahu bila. Aku cuma manusia yang "bodoh". Segala yang aku lakukan tak pernah nampak cerdik. Tapi mungkin kau patut berada dalam situasi aku, baru kau faham apa erti sakit. Apa erti perjuangan. Apa erti pengorbanan. Aku cuba buat yang terbaik untuk mereka yang aku sayang. Aku dah cuba. Tapi seringkali akan gagal. Sampai satu masa, aku penat. Aku give up. Aku tak ada semangat. Tapi tak ada yang tahu. Malah aku masih cuba memujuk hati supaya gembirakan orang lain. Aku rasa kebahagiaan tu bila orang yang aku sayang tersenyum.
Aku cuma hidup dalam bayang bayang. Aku selalu pujuk diri. Aku kata aku dah berubah. Aku kata aku dah maju. Tapi hakikatnya, aku cuma nampak bayangan dia je. Hidup aku masih sama. Masih terumbang ambing. Aku sendiri keliru. Aku sendiri buntu.
Aku kerap seksa diri hingga tak tidur memikirkan semua ni. Memikirkan kenapa benda ni berlaku. Memikirkan siapa aku sebenarnya. Tapi jawapannya hanya kekecewaan. Air mata pun tak sanggup mengalir atas sebab yang sama. Sampai bila?
Aku harap aku akan berjumpa orang yang betul betul faham situasi aku. Bukan yang tak tahu apa aku lalui dan hina aku. Aku perlukan semangat bukan diskriminasi bukan celaan bukan tuduhan membabi buta.
Aku cuma perlukan semangat yang kuat untuk hadapi hari mendatang, banyak lagi ujian perlu aku lalui. Bukan mudah semuanya. Semoga suatu hari nanti ......
No comments:
Post a Comment