28 June 2015

UNGS aka Unggas

Bismillah,

So today is 28th June 2015 so means its already 11th Ramadhan. Alhamdulillah we have this opportunity to strengthen our iman and increase our knowledge about this precious religion and gain more pahala by doing good deeds and (idk how many and then) fasting in new place. sobs

Okay, lets move to the main story. lets switch the languange toooo!

pop!

haha, okay sebenarnya tatau mana nak start. Bagi can la Iols nak bercerita bukan selalu pun kan. Kat kuantan ni, kami jauh dari segala hiburan yang menyeronokkanmelalaikan macam kat bandar KL ngan JB tu, sobs sumpah rindu! Sebenarnya yang kena amik unggas ni bebudak course MMBS, dentistry n nursing sahaja. Dan aku? haruslah budak medicnursing kan. haha

Untuk course kitorang, total up untuk batch 15-19 ni ada dalam 29 orang, 4 lelaki dan 25 perempuan. hahahaa mana perginya lelaki? tu kat gombak sana amik engineering dengan ict. Apalah nasib kita ni kan. Okay kat Unggas ni kitorang amik 3 subjek. Subjek apa? meh nak cerita.

UNGS2030 - Islamic Worldview (tuesday 7am-1pm)
UNGS2040 - Knowledge and Civilization (monday 9am-4pm)
UNGS2050 - Ethics and Fiqh for everyday life (wednesday 7am-1pm)

haaaa! boleh bayangkan tak? sehari belajar dalam 6/7jam untuk satu subjek. Tiga tiga ni 50% assignment(termasuk midsem 20%) n 50% final exam. Okay tak habis lagi, kitorang pergi kelas hari isnin tu naik bas, selasa n rabu tu jalan kaki ye nak. Lalu la bukit sikit jalan sikit dalam 10-15min sampailah. haha mencabar kan? Jom masuk U!

Oh! lupa nak bagitau. Kita student Unggas ni duduk kat Mahallah fatimah azzahra (FZ) tau untuk perempuan, lelaki pula duduk kat Mahallah khalid al-walid(KAW).



Inilah FZ. mana KAW? mestilah takde sebab tak duduk sana tapi kalau korang zoom gambar atas ni, ada kat hujung tu bangunan warna pink pink tu, yang itulah KAW. Macam mana nak bezakan? tengoklah warna langsir ye. Biru untuk fz, merah untuk kaw dan kuning untuk uk. Apa itu uk? tu mahallah umi kalthom. Yang duduk sini bebudak medik, dentistry n nursing yang dah official. Takde gambar juga untuk uk. Mungkin lain kali hehe

Macam mana dengan bilik? tak sama dengan gambang ataupun pj ye. Nanti aku share cuma nak bagitau, tak ada bantal disediakan macam gambang. Haruslah bawa sendiri okay.

Ni gambar dari pintu bilik, basically satu bilik ada 4 compartment, satu sorang

ni ala ala meja study n katil. Tilam masih baru so sedap lagi lah. Air tu boleh refill kat cafe ye, ada mesin macam dr sukida.

okay yang ni almari baju. Seriously besar kalau nak compare dengan kat pj tu. Barang aku tak full pun dalam tu, baju gantung tak sampai separuh pun hee nampak kan dua bagasi je. ngeee

class? untuk unggas ni bebudak nursing n dentistry belajar kat Kuliyyah of Allied Health Science(kallhs). Kallhs ni antara kop(Kuliyyah of Pharmacy) and library. 





ni je ada gambar yanga ada dalam hall *maaf atas kekaburan. kami guna hall 2! dekat dengan toilet, musolla dan banyak tempat amik gambar juga.

next? jom usha library jap.




cantik dak? hahaha sunyi je kan? serious talk library ni paling sunyi dan sedap la nak belajar. hehe gambar ni hari jumaat, orang takde class so takde juga orang dalam library. ngee


Lastly? My friend and I la ofcourse! sahabat se-nurse gitu haha

yang ni depan ocd. betul betul ngadap main gate.

nampak tak belakang tu? itulah masjid uia, belakang masjid tu hospital uia(dalam pembinaan) dan kuliyyah nursing pun kat situ yeay. Selama ni kita belajar kat tepi HTAA sana. sobs


ni jemah jemah hamba lah ye. Saja sengetkan gambar bawah ni. apa lagi, sengetkan kepala anda haha


ok dah. tu je. penat dah. xoxo





No comments: