26 November 2017

Mereka Kata Begitu Begini..

Teringat kata kata kawan tya suatu masa dahulu, "Tahan la tya, selagi mampu bertahan please la pujuk diri kau untuk bertahan dan memaafkan, sayang benda dah sejauh ni kalau nak lepaskan" tapi tu lah,,, masa berlalu dan terus berlalu dan aku semakin tak tertahan menanggung segalanya...

Sejujurnya, aku tak mampu nak salahkan sebelah pihak sahaja kerana aku juga manusia biasa yang melakukan kesilapan.. siapalah aku untuk menghakiminya tapi siapa jua aku untuk bertahan selamanya atas segalanya?

Hari ini, saat ini.. aku terpanggil untuk meluahkan segalanya.. sekurangnya andai ada yang masih bertanya, aku tak perlu bersuara lagi, bacalah nukilan ini.. ikhlas dari lubuk hati saya yang paling dalam...

Tak ada manusia yang bercinta bertahun tahun yang tak sayang dengan hubungan tu, tapi kalau memang sayangkan hubungan pasti dijaga sebaiknya hubungan itu kan? bukan didua tigakan dengan omongan kosong semata mata hanya kerana mereka sunyi mahupun bosan. ya, aku bukan sang sempurna untuk mengaku dia bodoh berbuat demikian tetapi kamu juga bukan si sempurna. fair and square kan.

Masih aku ingat tarikh keramat itu, 16 Disember 2016 dimana aku dibiarkan tergantung sepi tanpa sebarang jawapan mengapa dibuat demikian. 9 Januari 2017 aku mendapat jawapan, kerana aku buat muka dalam video call. ya kerana buat muka. Padanya, benda itu sangatlah besar, barangkali lain yang dia fikirkan. Tak mengapa, dosa benarlah buat muka hodoh ketika berborak. tak mengapa.

Setelah itu, ada beberapa orang cuba melamar dan ada yang siap jumpa mak ayah nak masuk meminang tapi aku tolak baik baik semuanya bukan kerana aku memilih tapi aku tak jumpa keserasian itu, lagipun luka itu masih ada. Ada terdetik di hati ini untuk terus membujang dan teruskan impian untuk ke Dubai suatu hari nanti...

21 Mac 2017, aku nekad untuk pergi betul betul. Kali ini aku muktamad dengan keputusan aku, aku taknak ada apa apa ikatan hati dengan dia lagi. Aku bertanya elok elok dan jawapannya amat menghampakan

Q: kau sayang aku lagi?
A: tak. kenapa?
Q: kalau tak aku nak bagi peluang pada orang lain
A: haa bagi lah

Tipu kata tak kecewa.. tipu tak terluka.. hati mana tak menangis diperlakukan begitu kan. Aku anggap sudah tiada jodoh, apa boleh buat kan? lalu aku mula melupakan... maka bermulalah satu cerita baharu!


Segalanya bermula bila aku mula reply story instagram dia hujung bulan mac lalu...

Sebenarnya dialah lelaki yang pernah aku simpan perasaan 4 tahun lalu, sebelum aku bersama dengan seseorang. Sejujurnya, kerana dia sudah berpunya lah aku terima seseorang itu dahulu. Karma kah? maybe..

Dia adalah lelaki yang aku randomly ajak keluar masa CFS dahulu hanya kerana aku terlalu bosan dan stress kerana ada satu masalah melanda, dan dia layankan sahaja.. ok lah ada juga teman kan hahaha dah la dia lambat masa tu, sebab tertinggal bas yang aku naik menuju ke stesen LRT Universiti. lol

Kenapa aku suka dia? HAHAHA dulu dulu masa keluar tu, aku banyak membebel dan bercerita itu ini dan dia banyak mendengar tapi dia tak suruh stop pun adn quite caring, well major turn on kot lelaki penyabar, dan for sure sebab tak merokok lah! tapi tak tahu dia ada makwe masa tu, sobs sangat! Tapi tu lah, harapan menjadi layu bila nampak dia dan makwe dia kat dalam lrt, nasib dia tak perasan masa tu, dah nampak tu cepat cepat aku turun kat KL Sentral gara gara sedih bhahaha

tahun ini, lepas 4 tahun.. mungkin jodohkah? lepas dah borak balik.. tiba tiba rasa suka tu datang balik tanpa dijemput dan tiba tiba juga dia melamar hati ini.. entah kenapa aku setuju. Allahu apakah semua ini?

Masa berlalu dengan sangat pantas, sekarang ni dah 7 bulan lebih mengenali hati budi masing masing, Alhamdulillah dalam masa singkat ni dah kenal banyak sangat benda yang tak pernah dijangka, dan dipermudahkan dalam banyak urusan. Semoga dalam masa mendatang lebih banyak yang baik baik akan berlaku. Amin!

ya, dia adalah seseorang yang aku pernah "crush" awal awal cfs dulu dan sekarang dia memang seseorang dalam hidup aku. bukan orang baru, bukan manusia yang aku memang pernah curang dengan ex aku. TIDAK! dia hanyalah lelaki yang muncul kembali dan in shaa Allah selamanya.

takpelah... ni sis share yang sis pernah tweet kat twitter. HAHA




thank you for reading this. XOXO, tya

No comments: